Monday, March 2, 2009

PUTERI 21

larutan malam..badan penat bersama demam.kontang tembakau kena ke 7-11.hujan pun terhenti namun tapak masih dibasahi air.rimba kehijauan segar terlihatnya.kabus terus mengaburi sebahagian taman ini.sinaran lampu kota di sisi kaki bukit jelas kelihatan.begini permandangan yg indah dan suasana tenang amat aku hayati..teringat kembali suatu ketika dulu..agaknya 4 tahun yg lalu.kita kunjungi ke tempat ini bersama mahligai impian.mencari tempat lindungan dari kerumitan dunia.ia masih jelas dalam ingatan seakan masa tidak mahu berlalu.. sungguh hampa taman ini tanpa penghuninya,tiada lampu dan air...pengawal datang mengintai..nyamuk datang menyerang namun tiada padam keseronokan di antara kita..melawan demi masa depan kita! sehaluan hati kita menentukan tapak ini dijadikan dunia pujaan terakhir .kau mencadang lalu aku binanya..walau ia agak mencabar namum seronok jua..ini pun dunia idaman kita..kini taman ini bukan lagi kenangan untuk mu .mungkin terlupa cerita silam pernah kita lalui.mungkin terlupa janji kita pada tapak ini...kesepiannya akan berpanjangan andainya aku berangkat nanti.biar ia kembali ke asalnya..tanpa api dan air..tanpa kehadiran kita ..tapak menyepi berterusan... cerita ini kian pudah ditelani kabus......

No comments:

Post a Comment